Wednesday, March 11, 2009

Wajarkah NETTBOOK Dimiliki

Wajarkah Memiliki NETTBOOK

Sekali pandang rupa Komputer Riba-Notebook nampak sama
je.Tetapi setiap model Notebook direka kepada beberapa
kategori.Ada Notebook bg menggantikan PC Desktop,utk
games,multimedia,bisnes-bentuk fizikal dan spesifikasi yg
berbeza.yg sama hanya utk mudah dibawa kemana saja.
Kini dah ada Notebook Mini-Nettbook.Sukar dinafikan ramai
yg meminati Notebook Mini yg bersaiz kecik comel
nih.Notebook Mini dibandingkan dengan Notebook biasa
keupayaannya berbeza dari segi fizikal dan
spesifikasi.Walaupun Nettbook sekarang terdapat dalam
Windows XP dan Vista tetapi prestasi nya tidak setanding
Notebook.Mungkin Masa-masa kedepan nanti Nettbook dah
setanding Notebook.

Nettbook-Ada model yg bateri hanya bertahan selama 2
jam,ada juga model yg komponennya cepat panas.Sedikit info
tentang kekuatan yg menggerakkan Netbook-
-Pemproses Intel terkecil dengan kemampuan terbesar-Intel
Atom dibina menggunakan transistor terkecil berasaskan
teknologi High-k Metal Gate 45nm dan juga beberapa
teknologi penjimatan kuasa yg dibangunkan oleh Intel.Dan
beberapa syarikat berteknologi yg mengeluarkan
pemprosess-Prosessor-(CPU) seperti VIA.

Beberapa syarikat pengeluar Notebook seperti
Dell,HP,Acer,Asus,Msi berusaha mengeluarkan model yg boleh
menjalankan pelbagai aplikasi,ringan,mudah dibawa dan boleh
mengakses internet dimana saja.kerana Kebanyakan model
dilengkapi kemudahan capaian internet-Bluetooth,Wifi boleh
menghantar Email melayari tapak web dan melakukan
kerja-kerja menaip atau mendengar muzik dan menonton video.

Beberapa spesifikasi dlm sesebuah model perlu di ambil kira
sebelum membeli-antaranya saiz skrin monitor 7inci hingga
10 inci atau 12 inci biasanya saiz skrin yg kecil
mempengaruhi saiz papan kekunci-keyboard-.Jumlah port USB
jika hanya 2 port USB dengan kuasa bateri yg terhad ianya
tidak mencukupi utk menjalankan External CD/DVD
Drive,External Hard Drive dan beberapa jenis peranti luaran
pada masa serentak.

Ingat!!Jangan tergesa-gesa utk membeli..sebelum membeli
fikirkan dulu ini..Adakah nettbook ini mampu memenuhi
keperluan dan kehendak anda? Sejauhmanakah prestasi
nettbook ini? Adakah spesifikasi mencukupi? Berbaloikah
dengan harganya?
Jgn biarkan rasa teruja dgn 'gadget'kecil yg berteknologi
tinggi ini menguasai anda..SHUKORD!

No comments: