Random Access Memory singkatannya RAM,atau memori capaian rawak.RAM membaca ingatan secara rawak tidak seperti ROM yg menyimpan data secara kekal. RAM menyediakan ruang kepada komputer anda untuk membaca dan menulis data yang akan dicapai oleh CPU 'central processing unit' komputer. Apabila merujuk kepada memori sesuatu komputer dan juga printer ia merujuk kepada RAM.
Biasanya, komputer yang baru dibekalkan RAM yang mempunyai kapasiti sekurang-kurangnya 512Mb, dan ini boleh dinaiktarafkan kepada 1GB(1000 Mb) atau max 2GB ke 4GB bergantung pada lebihan slot dan keupayaan Papan Induk (Mother Board).
Jika lebih banyak RAM ditambah kepada komputer anda,keupayaan komputer akan bertambah anda juga dapat mengurangkan kekerapan CPU anda membaca data daripada hard disk anda.Keupayaan komputer anda akan meningkat untuk berfungsi dengan lebih laju.
Ram adalah jauh lebih laju daripada penggunaan hard disk biasa yang diukur kelajuan melalui jarum RPM.
RAM mudah berubah. Oleh itu, data yang tersimpan di dalam RAM hanya akan tersimpan ketika komputer anda beroperasi. Sebaik sahaja komputer dimatikan (off), data di dalam RAM akan hilang.Apabila anda menghidupkan semula komputer anda, BIOS komputer anda akan menggunakan arahan tersimpan separa-tetap (stored semi-permanently) di dalam cip ROM (Read Only Memory) untuk membaca sistem operasi windows komputer anda dan juga fail-fail yang berkaitan daripada HDD anda dan memuat kembali ke dalam RAM
Antara jenis RAM:
i. Dynamic RAM ( DRAM)
DRAM merupakan jenis terbaru berbanding SRAM.DRAM perlu litar segar semula (refresh circuit) beratus-ratus kali setiap saat.Menyimpan setiap bit data dalam yang kapasiti berbeza pada litar komputer.
ii. Static RAM (SRAM)
SRAM merupakan jenis yang lebih laju pemprosesannya berbanding DRAM menggunakan flip-flop get.Harganya lebih mahal berbanding DRAM kerana tahap kecekapannya yang lebih.Tidak perlu litar segar semula (refresh circuit) menyebabkan tahap pemprosesan lebih pantas.
iii. SDRAM (Synchronous Dynamic Random Access Memory)
Merupakan memori komputer dinamik digunakan dalam tahun 1996-2003.Mempunyai litar yang serentak (synchronous) iaitu ia menunggu untuk isyarat jam (clock signal) sebelum bertindak balas terhadap input kawalan.
SDRam sukar dicari di pasaran sekarang kerana pengguaannya diganti dengan DDRRAM.SDRam biasa digunakan bersama processor Intel Pentium Pro/Pentium MMX,Pentium II,Pentium III dan AMD Athlon/Duron.DDR SDRAM,DDR2 SDRAM dan DDR3 SDRAM lebih banyak diguna pakai utk komputer yang terdapat dipasaran sekarang ini.
DDR2 SDRAM maksudnya double-data-rate two synchronous dynamic random access memory.Merupakan evolusi dari DDR SDRAM.Kelebihan utama adalah penghantaran data melalui data bas adalah dua kali ganda berbanding DDR SDRAM.Melalui isyarat bas dalam sistem komputer,DDR2 SDRAM menggunkan operasi untuk sel memori dengan kadar separuh bagi sistem jam ( half clock rate).Hanya suku kadar transfer data berbanding DDR,jadi ia semakin laju.
Menggunakan isyarat signal yang berbeza dan kadar voltage yang rendah untuk memberikan prestasi penghantaran data yang lebih berkesan berbanding DDR SDRAM. Clock rate yang digunakan adalah 400Mhz,533Mhz dan 667Mhz.Pemindahan data adalah 64Bits.
Jadual DDR2 SDRAM mengikut standard modul DIMM
DIMM Module - Chip Type -Clock Speed -Data Rate
PC2-3200 -DDR2-400 - 200 - 400
PC2-4200 -DDR2-533 - 266 - 533
PC2-5300 -DDR2-667 - 333 - 667
PC2-6400 -DDR2-800 - 400 - 800
PC2-7400 -DDR2-933 - 466 - 933
PC2-8500 -DDR2-1066 - 533 -1066
PC2-9600 -DDR2-1200 - 600 -1200
PC2-10600 -DDR2-1333 - 667 -1333
PC2-11700 -DDR2-1466 - 733 -1466
PC2-12800 -DDR2-1600 - 800 -1600
DDR3 SDRAM (Double Data Rate Three Synchronous Dynamic Random Access Memory) ini adalah evolusi dari DDR2 SDRAM.Generasi SDRAM.Ia berkeupayaan lebih canggih,tahap penghantaran adalah lebih cekap dan lebih laju.Bila sudah cekap dan lebih laju maka penghantaran data adalah pasti lebih berkesan.
Perbandingan dengan DDR2 SDRAM :
Bandwidth lebih tinggi disebab peningkatan kadar jam (clock rate)– sehingga 1600 MHz
Voltage lebih rendah dari 1.8V ke 1.5V
Mewujudkan rekabentuk haba(cooler) yang kurang panas.
Voltage lebih rendah dan suhu lebih sesuai meningkatkan keupayaan memori ke tahap lebih tinggi.
DIMM Module -Chip Type -Clock Speed -Data Rate
PC3-6400 -DDR3-800 -400 -800
PC3-8500 -DDR3-1066 -533 -1066
PC3-10667 -DDR3-1333 -667 -1333
PC3-12800 -DDR3-1600 -800 -1600
PC3-14900 -DDR3-1866 -933 -1866
DDR3 (204pin) and DDR2 (200pin) mempunyai slot yang berbeza
Dalam Kehidupan kita seharian dunia komputer merangkumi banyak benda yang kita tidak tahu dan semakin hari semakin maju,teknologi semakin hari semakin berkembang selaras dengan wujudnya hardware dan software baru.Jika dulu bagi mereka yang pernah menggunakan komputer dengan CPU Pentium MMX pasti tahu satu ketika dulu kita menggunakan RAM jenis EDORam dengan kelajuan hanya 8mb x 2 =16MB untuk melakukan kerja assigment.Boleh dibayangkan betapa perlahannya suatu ketika dulu setiap kali mahu menggunakan komputer.dan sekarang ini kelajuan hanya dihujung jari kita..
-SHUKORD-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment