Wednesday, November 25, 2009

Command Prompt dan Penggunaannya

Jika menggunakan Windows sebagai platform komputer anda perlu tahu cara menggunakan command prompt.Dalam Command Prompt kita dapat delete file yg tak dapat di padam melalui windows,boleh juga cuba padamkan file melalui command prompt dlam Safe Mode.Apa yg penting anda hanya perlu mengetahui arahan yg boleh digunakan dalam CMD ini.
Cara membuka Command Prompt:
1. Klik Start > Run > taip cmd > tekan OK
atau
2. Klik Start > All Programs > Accessories > Command Prompt
Apa yang kita boleh lakukan dlm command prompt?
1. Memeriksa talian internet menggunakan arahan ping.Jika anda tidak dapat membuka sesuatu laman web (the page cannot found).
Caranya taip ping(jarak)laman web(Enter).



Jika REPLY bermaksud website www.google.com aktif dan anda sepatutnya boleh melayarinya.Jika REQUEST TIME OUT terhasil apabila ping bermaksud website tersebut down dan ada sesuatu masalah dan tidak dapat dicapai.Atau ada masalah dengan network connection anda.Jika network anda masih bermasalah internet web page masih tidak dapat dicapai cuba guna arahan ini. type netsh winsock reset (hanya utk Windows XP SP2 sahaja) restart komputer apabila dipinta.tujuan ini adalah untuk memperbaiki atau refresh IP Address.Atau dptkan 3rd party software WINSOCKXP FIX.

2. Memeriksa ahli yang berada dalam network kita.Caranya dengan menaip net view dan akan tersenarai ahli network dalam rangkaian sama.



Daripada hasil di atas kita dapat mengetahui bahawa komputer bernama ITROOM-PC01,ITROOM-PC02, NUR-NB,PoolNB-XP dan SHAHLAN-PC berada dalam satu network (rangkaian) yang sama dan mereka boleh berhubung seperti mengambil dan menghantar data sesama sendiri.

3. Memeriksa network card (tempat di mana kabel internet/Cable LAN di sambung) samada masih berfungsi atau sebaliknya.Caranya dengan menaip ping 127.0.0.1.Jika terdapat tindakbalas dari 127.0.0.1 iaitu Reply bermaksud network card anda berfungsi dengan baik.



Antara Lain arahan yg boleh digunakan

Taip cls dan enter utk kosongkan paparan dlm cmd



Taip cd.. enter utk hilangkan ‘user name’ anda


Atau cd\ utk hilangkan ‘username’ dan ‘folder document and setting’


Utk kembali kepada folder document taip cd doc dan press ‘tab’ dan enter


Taip dir dan enter utk melihat directory yg terdapat dlm folder ‘Documents and Settings\username>


Utk memasuki directory contoh phone browser..rujuk gambarajah


Dalam contoh ini ditunjukkan kemahiran menggunakan dir dan cd.Macam-macam boleh dilakukan jika
kita tahu menggunakan command prompt ini.

Antara contoh arahan yang boleh digunakan dalam CMD

CD -Change Directory - move to a specific Folder
CHKDSK -Check Disk - check and repair disk problems
CLS -Clear the screen
CMD -Start a new CMD shell
DATE -Display or set the date
DEFRAG -Defragment hard drive
DEL -Delete one or more files
DELTREE -Delete a folder and all subfolders
DIR -Display a list of files and folders
EXIT -Quit the current script/routine and set an errorlevel
MD -Create new folders
NET -Manage network resources
NETSH -Configure Network Interfaces, Windows Firewall & Remote access
NBTSTAT -Display networking statistics (NetBIOS over TCP/IP)
NETSTAT -Display networking statistics (TCP/IP)
NSLOOKUP -Name server lookup
PING -Test a network connection
TIME -Display or set the system time

-Banyak lagi yg dpt dilakukan dgn CMD,jika tahu command yg perlu dimasuk kan-UPSERE-

Tuesday, October 20, 2009

Cara mengguna arahan RUN

upsere tips-memulakan program windows menggunakan arahan RUN

Penggunaan RUN bukan sahaja utk membuka CMD (Command Promt) atau membuka folder-folder sharing yg terdapat dlm server dari rangkaian dalaman(internal Network)

Run pada Start menu juga boleh digunakan untuk menjalankan program atau membuka suatu dokumen dengan segera dan pantas. Jika anda tidak mengetahui lokasi sebenar suatu program ataupun dokumen
Klik pada Start button untuk membuka Run dan taip nama singkatan program-program yang hendak anda cari dengan segera.


Antara arahan-arahan yg boleh digunakan dlm.Run
• Cmd – Membuka Command Prompt
• Wmplayer - Membuka Windows Media player
• Control - Membuka Control Panel
• Control mouse - Memaparkan mouse properties
• Defrag - Tool Defragmentation
• Taskmgr -Task manager
• Telnet -Telnet program
• Explorer – Membuka tetingkap Windows Explorer
• Logoff – Untuk memberi arahan logoff Komputer
• MMC - Microsoft Management Console
• Mrc - Malicious Software Removal Tool
• Osk - Memaparkan papan kekunci (Keyboard)di skrin monitor
• Netstat – Memaparkan semua sambungan rangkaian yang aktif
• Shutdown – Untuk memberi arahan shutdown computer anda
• Powercfg.cpl - Memaparkan power option property
• Regedit - Registry Editor
• Calc - Kalkulator
• Sfc /scannow - System File Checker utility
• Winipcfg – Memaparkan Konfigurasi IP
• Winver – Digunakan untuk periksa Versi Windows
• Write - Membuka WordPad
• appwiz.cpl – Digunakan untuk menjalankan Add/Remove Program
• Sndrec32 - Sound Recorder
• Spider – membuka Game spider solitaire card
• Fsmgmt.msc - Memaparkan shared folders
• Firewall.cpl - Digunakan untuk mengkonfigurasi windows firewall
• Ftp – Program ftp.exe
• Hdwwiz.cpl - Menjalankan Add Hardware wizard
• Chkdisk – Memulihkan kerosakan fail-fail
• Msinfo32 – Utiliti Microsoft System Information
• Dxdiag - DirectX Diagnostic Utility
• Wab - Membuka Windows address Book.
• WinWord – Membuka Microsoft word
• Clipbrd - Windows Clipboard viewer
• Cfgwiz32 - ISDN Configuration Wizard
• Charmap - Character Map
• Cleanmgr – Membuang fail-fail sementara pada HDD
• Msconfig - Membuka program System Configuration Utility-mengubah system startup Komputer

Thursday, October 15, 2009

Upsere Info Tentang RAM (Memory)

Random Access Memory singkatannya RAM,atau memori capaian rawak.RAM membaca ingatan secara rawak tidak seperti ROM yg menyimpan data secara kekal. RAM menyediakan ruang kepada komputer anda untuk membaca dan menulis data yang akan dicapai oleh CPU 'central processing unit' komputer. Apabila merujuk kepada memori sesuatu komputer dan juga printer ia merujuk kepada RAM.

Biasanya, komputer yang baru dibekalkan RAM yang mempunyai kapasiti sekurang-kurangnya 512Mb, dan ini boleh dinaiktarafkan kepada 1GB(1000 Mb) atau max 2GB ke 4GB bergantung pada lebihan slot dan keupayaan Papan Induk (Mother Board).
Jika lebih banyak RAM ditambah kepada komputer anda,keupayaan komputer akan bertambah anda juga dapat mengurangkan kekerapan CPU anda membaca data daripada hard disk anda.Keupayaan komputer anda akan meningkat untuk berfungsi dengan lebih laju.

Ram adalah jauh lebih laju daripada penggunaan hard disk biasa yang diukur kelajuan melalui jarum RPM.
RAM mudah berubah. Oleh itu, data yang tersimpan di dalam RAM hanya akan tersimpan ketika komputer anda beroperasi. Sebaik sahaja komputer dimatikan (off), data di dalam RAM akan hilang.Apabila anda menghidupkan semula komputer anda, BIOS komputer anda akan menggunakan arahan tersimpan separa-tetap (stored semi-permanently) di dalam cip ROM (Read Only Memory) untuk membaca sistem operasi windows komputer anda dan juga fail-fail yang berkaitan daripada HDD anda dan memuat kembali ke dalam RAM

Antara jenis RAM:

i. Dynamic RAM ( DRAM)

DRAM merupakan jenis terbaru berbanding SRAM.DRAM perlu litar segar semula (refresh circuit) beratus-ratus kali setiap saat.Menyimpan setiap bit data dalam yang kapasiti berbeza pada litar komputer.

ii. Static RAM (SRAM)

SRAM merupakan jenis yang lebih laju pemprosesannya berbanding DRAM menggunakan flip-flop get.Harganya lebih mahal berbanding DRAM kerana tahap kecekapannya yang lebih.Tidak perlu litar segar semula (refresh circuit) menyebabkan tahap pemprosesan lebih pantas.

iii. SDRAM (Synchronous Dynamic Random Access Memory)
Merupakan memori komputer dinamik digunakan dalam tahun 1996-2003.Mempunyai litar yang serentak (synchronous) iaitu ia menunggu untuk isyarat jam (clock signal) sebelum bertindak balas terhadap input kawalan.

SDRam sukar dicari di pasaran sekarang kerana pengguaannya diganti dengan DDRRAM.SDRam biasa digunakan bersama processor Intel Pentium Pro/Pentium MMX,Pentium II,Pentium III dan AMD Athlon/Duron.DDR SDRAM,DDR2 SDRAM dan DDR3 SDRAM lebih banyak diguna pakai utk komputer yang terdapat dipasaran sekarang ini.

DDR2 SDRAM maksudnya double-data-rate two synchronous dynamic random access memory.Merupakan evolusi dari DDR SDRAM.Kelebihan utama adalah penghantaran data melalui data bas adalah dua kali ganda berbanding DDR SDRAM.Melalui isyarat bas dalam sistem komputer,DDR2 SDRAM menggunkan operasi untuk sel memori dengan kadar separuh bagi sistem jam ( half clock rate).Hanya suku kadar transfer data berbanding DDR,jadi ia semakin laju.

Menggunakan isyarat signal yang berbeza dan kadar voltage yang rendah untuk memberikan prestasi penghantaran data yang lebih berkesan berbanding DDR SDRAM. Clock rate yang digunakan adalah 400Mhz,533Mhz dan 667Mhz.Pemindahan data adalah 64Bits.

Jadual DDR2 SDRAM mengikut standard modul DIMM

DIMM Module - Chip Type -Clock Speed -Data Rate
PC2-3200 -DDR2-400 - 200 - 400
PC2-4200 -DDR2-533 - 266 - 533
PC2-5300 -DDR2-667 - 333 - 667
PC2-6400 -DDR2-800 - 400 - 800
PC2-7400 -DDR2-933 - 466 - 933
PC2-8500 -DDR2-1066 - 533 -1066
PC2-9600 -DDR2-1200 - 600 -1200
PC2-10600 -DDR2-1333 - 667 -1333
PC2-11700 -DDR2-1466 - 733 -1466
PC2-12800 -DDR2-1600 - 800 -1600


DDR3 SDRAM (Double Data Rate Three Synchronous Dynamic Random Access Memory) ini adalah evolusi dari DDR2 SDRAM.Generasi SDRAM.Ia berkeupayaan lebih canggih,tahap penghantaran adalah lebih cekap dan lebih laju.Bila sudah cekap dan lebih laju maka penghantaran data adalah pasti lebih berkesan.

Perbandingan dengan DDR2 SDRAM :

Bandwidth lebih tinggi disebab peningkatan kadar jam (clock rate)– sehingga 1600 MHz
Voltage lebih rendah dari 1.8V ke 1.5V
Mewujudkan rekabentuk haba(cooler) yang kurang panas.
Voltage lebih rendah dan suhu lebih sesuai meningkatkan keupayaan memori ke tahap lebih tinggi.

DIMM Module -Chip Type -Clock Speed -Data Rate
PC3-6400 -DDR3-800 -400 -800
PC3-8500 -DDR3-1066 -533 -1066
PC3-10667 -DDR3-1333 -667 -1333
PC3-12800 -DDR3-1600 -800 -1600
PC3-14900 -DDR3-1866 -933 -1866

DDR3 (204pin) and DDR2 (200pin) mempunyai slot yang berbeza

Dalam Kehidupan kita seharian dunia komputer merangkumi banyak benda yang kita tidak tahu dan semakin hari semakin maju,teknologi semakin hari semakin berkembang selaras dengan wujudnya hardware dan software baru.Jika dulu bagi mereka yang pernah menggunakan komputer dengan CPU Pentium MMX pasti tahu satu ketika dulu kita menggunakan RAM jenis EDORam dengan kelajuan hanya 8mb x 2 =16MB untuk melakukan kerja assigment.Boleh dibayangkan betapa perlahannya suatu ketika dulu setiap kali mahu menggunakan komputer.dan sekarang ini kelajuan hanya dihujung jari kita..
-SHUKORD-

Wednesday, October 14, 2009

Format Hard Disk dan Install Windows XP

Langkah Mudah utk Format n setup Win XP

Format Hard Disk biasanya dilakukan jika
-Komputer atau Laptop yg baru dibeli free DOS atau tiada OS(Operating System).
-Systems Windows anda rosak (corrupt),BsOD,'hang',running performance slow,virus infected dan ingin setup kembali Windows XP.

Format HDD merupakan langkah terakhir yg terpaksa dibuat utk memastikan system dapat berfungsi seperti biasa jika langkah yg lain gagal..kerana Format HDD akan menyebabkan semua data dan installation file hilang sepenuhnya.

Langkah-langkahnya

a)-Tetapkan First Boot komputer kpd CD-ROM
Utk memastikan komputer anda dpt membaca CD-ROM sbg boot permulaan komputer anda,boot sequence hendaklah ditetapkn kpd CD-ROM didalam BIOS-(Utk Setting BIOS akn diterangkan nanti)

i)Masukkan CD-ROM Win XP dan on Komputer.Perhatikan pada penjuru atas kiri screen monitor anda..bila dah nampak mesej"Press any key to boot from CD.."dan tekan la apa saja button yg ada kat keyboard tu..

ii)Tggu hingga keluar menu 'Welcome to setup'
Jika nak format atau repair witout recovery concole(use command) press enter-to setup windows now.

iii)press F8 for agree windows XP License
-Press R jika nak repair Windows yg corrupt (file dan data tak hilang)
-Press ESC utk format dan install new fresh XP

iv)utk option nih kalau HDD tu baru masih kosong delete dan create partition dulu.boleh buat dua atau lebih partition depend on size HDD(follow the simple intruction there to create new partition).

v)Jika satu partition Tekan C utk creat a single partition,press ENTER.prtition yg dah create (jika dua partition) akn jadi mcm nih..
C: Partition1 [NTFS] xx(HDD Size)
D: Partition2 [NTFS] xx(HDD Size)
unpartition space 8mb

vi)Dlm menu nie selepas create partition tadi..Press ENTER on selected item (pastikan selected item adalah C:) utk mulakan Formatting n setup.

Vii)Tekan C utk running format n setup

viii)Pilih 'Format the partition using the NTFS file system' dan Press ENTER.

ix)Tekan F utk format HDD

x) Setup akan mula format HDD.setelah proses ini selesai komputer akn restart dgn sendirinya.

xi)Proses Install Windows XP bermula Komputer restart..follow je arahan yg diberi dlm proses installation
sediakan Product Key utk CD Win XP..isikan computer name..bahagian Administrator Password biarkan kosong(tak perlu di isi)tetapkan Date n time n time zone(GMT+0800 KL Singapore)Networking Setting pilih Typical setting,pilih NO utk workgroup(walaupun Komputer yg disetup akan berada dlm Domain),

xii)dlm menu Help Protect PC pilih Not right now (anda boleh aktifkan automatic update kemudian),Checking internet klik skip,Ready to register pilih NO not at this time ( jika anda setup guna Pirated edition Win XP),masukkan nama
n Thank You....your done!!


Langkah Utk tetapkan setting dlm BIOS

Utk membolehkan komputer membaca CD Windows XP sebagai 1st boot..dlm BIOS mestila ditetapkan boot sequences terlebih dahulu..Kebiasaannya kebanyakan PC atau Laptop setting ini telah ditetapkan jadi anda tak perlu lagi menukarnya..

setiap Komputer mempunyai paparan BIOS dan button yg perlu ditekan utk memasuki ke dalam BIOS berbeza
- Hidupkan komputer anda dan perhatikan perkataan yg keluar pada permulaan screen monitor anda..tekan button pause pada keyboard anda utk melihat lebih lama dan enter apabila dah menemui button yg perlu ditekan..
-cuba cari pada permulaan screen anda perkatan enter setup atau enter bios setup atau enter configuration setup dan button apa yg perlu di tekan.
- dah tahu button apa apabila komputer mula di hidupkan terus tekan button tadi cth: F2 atau DEL.
-Bila berada dlm paparan Bios kebiasaan nya screen berlatarbelakang biru - terdapat banyak menu yg berlainan bagi setiap jenis PC atau Laptop mengikut jenis Pengeluar (HP atau Dell)
- Cuba lah satu persatu menu utk tukarkan ke boot sequences-1st boot CD-ROM - 2nd boot Hard Disk
-berhati-hati apabila menggunakan kan BIOS jgn tersilap setting..follow arahan pada paparan BIOS tu utk menukar setting atau menu yg lain...

Note - Jika anda menggunakan HDD jenis SATA maka anda mestilah mengguna CD Win XP Profesional SP2 with Slipstream atau CD Win XP Profesional SP2 with NLite..atau boleh dapatkan dikedai yg menjual CD sofware -cuba dapatkan CD/DVD WINDOWS XP Profesional SP3.Dan pastikan dlm sekeping CD hanya ada Windows XP saja jgn ada utilities lain dlm CD tu..(perhatikan Label casing CD-jgn ada utilities lain selain WIN XP)

upsere!!Gud Luck!!Guna kan lah IQ + EQ anda utk melakukan sendiri..SHUKORD!

Thursday, August 20, 2009

Can access network but not the internet

PC atau laptop boleh access network atau domain,boleh
connect ke internet tapi tak boleh nak access internet atau
surf any website.

Setiap installed software cth:- online update antivirus pun
tak boleh access to internet..
Using command prompt,PING command working.
Kalau guna Microsoft outlook exchange,email appear offline
but connection ke server OK!PING also working.

First check proxy at internet option.
-tool-internet option-go to tab 'connection' at Local Area
Network go to Lan Setting-untick proxy server-clik OK!

If same problem

suspek spyware..run antispyware to remove any malicious
infected.

mungkin Winsock windows network utk access network services
dah corrupt.

Solution- repair IP guna WinsockXPFix..
atau kalau tak de Installer winsockxpfix.exe cuba command nih.

kat command prompt type 'netsh winsock reset' (hanya utk
Windows XP SP2 sahaja)
pastu akn keluar arahan restart..selepas restart winsock
shall be fixed..

-SHUKORD-

Thursday, July 16, 2009

Dunia IT berevolusi

Dunia It telah berevolusi drpd sistem operasi DOS kepada windows.pemproses 486 kpd prosessor quad core.drpd modem dial up kepada sambungan digital subscriber line-dsl atau Intergrated Services Digital Network-ISDN,sambungan fiber-optik dan kepada broadband dan capaian internet tanpa wire-wireless.Gajet IT adalah salah satu benda yg menarik dalam dunia IT selaras dgn teknologi IT yg semakin berkembang tanpa henti.Dan ramai antara kita yg bergerak seiring dgn perkembangan teknologi IT.

Peralihan Dunia IT dan Teknologi dulu dan sekarang:-

Sistem komputer
1990
sistem komputer seperti IBM PS/2 model 25-286 dgn kelajuan processor 10mhz intel,16mb hdd

1998
apple imac diperkenalkan

1999
sistem komputer IBM PC 300PL series dgn kelajuan processor 600mhz intel,13.5gb hdd.

dan sekarang...
Selepas era PC dan laptop yg kelajuan pemproses,hdd dan memory yg tinngi..muncul pula Nettbook saiz komputer yg kecil tetapi berkuasa dgn pemproses Atom,memory minima 1gb maxima 2gb of RAM,HDD 60gb sehingga 160gb,juga mempunyai capaian internet tanpa wire-wireless,dan Asus eeepc merupakan laptop kecil yg terawal berada di pasaran.

Printer
1990
Printer Dot Matrix

1991
Printer Color laser dan color scanner

1994
Printer color jet (inkjet dgn resolusi 720dpi

1999
printer inkjet dan laser dgn resolusi 1440dpi

dan sekarang...
aneka jenis printer memenuhi pasaran yg mampu memuaskan dan memudahkan pengguna dgn printer all in one-scanner,photocopy,printing-mempunyai sambungan network terbina didalam sebuah printer.

emel
1990
Perisian Lotus Notes

1999
lebih 263 juta emel di seluruh dunia

2002
40% penduduk dunia menggunakan emel

dan sekarang..
emel dapat digunakan dengan mudah dan pantas hanya menggunakan telefon mudah alih dimana jua.

Modem
1990
9600 bps

1994
28.8 kbps

1995
33.3 kbps

1996
56 kbps

dan sekarang...
selari dgn pembangunan dunia IT tanpa wayar
aneka jenis broadband boleh didapati dgn mudah di pasaran,teknologi wireless menjadi keutamaan dalam setiap komputer yg terdapat di pasaran.dgn mudah dan pantas pengguna dpt menggunakan internet dimana jua dgn teknologi 3G dan wi-fi.

sistem operasi
1990
ms-dos,IBM os/2 macintosh
-microsoft windows 3.0 dijual 100ribu unit dlm 2mggu pertama

1991
linux diperkenalkan

1992
windows 3.1 dijual 1juta unit dlm 2bln pertama

1995
win 95 dijual 1juta dlm 4hari

1998
win98 dikeluarkan

1999
win millenium edition dilancarkan

2000
Windows XP home edition dan professional merupakan windows yg paling disukai pengguna hingga sekarang walaupun windows baru dah dikeluarkan.

dan sekarang..
Windows Vista dikeluarkan dan cuba mengambil tempat bg menggantikan Win XP,dan yg terbaru Windows 7 akan muncul dipasaran tidak lama lagi yg dikatakan mampu mengurangkan masa menunggu,mengurangkan keperluan klik serta mampu meningkatkan kuasa PC pengguna.

pemproses
1990
mikropemproses 486dx cpu

1993
intel pentium 60mhz

1996
pentium II 200mhz

1999
pentium III 600mhz-AMD athlon 700mhz

2000
pentium III 800mhz

2001
pentium 4 yg paling laris dan ramai pengguna

dan sekarang..
core 2 duo mengambil alih pasaran keperluan dan penggunaan yg semakin meningkat selari dgn kemunculan pelbagai teknologi IT.

internet
1990
tim berners-lee menghasilkan hypertext markup language (HTML)

1991
worl wide web (WWW) dilancarkan

1992
lebih 1juta host komputer internet terdapat dlm rangkaian internet

1993
pelayar web mosaic adalah yg pertama berasaskan grafik

1994
enjin pencari netscape dan yahoo! dihasilkan

1999
lebih 800 juta laman web dlm internet

dan sekarang...
internet dapat dilayari dgn mudah walau dimana jua pengguna berada hanya dgn menggunakan telefon mudah alih.

sumber rujukan majalahPC feb 2000-
Semua ini menunjukkan kecanggihan teknologi IT akan sentiasa berkembang dimasa depan dimana Dunia IT mampu merubah cara kehidupan kita,menjimatkan masa dan meningkatkan lagi produktiviti jika kita bijak memperalatkan kecanggihan IT.
-Shukord.

Monday, April 20, 2009

Disable Windows Vista Sidebar

If you do not have a powerful computer and you are running Windows Vista, you may need to save some resources. If so, disabling the sidebar and gadgets may save you some resources (Figure A).



Figure A. In this example, I have 8 gadgets open on the sidebar and you can see how much memory and resources are being allocated.
Right-click on the sidebar icon on the system tray and choose Properties as shown in Figure B.



Figure B.
Deselect Start sidebar when Windows starts as shown in Figure C.



Figure C.
Right-click on the sidebar icon on the system tray and click exit or reboot your computer (Figure D.)



Figure D.

Check out on Blog Archive-June 2008-Upsere things to increase performance vista.